Sabtu, 9 Julai 2011

Solat Yang Sempurna, Mendapat Keampunan Allah.

Abi Muslim At-Tighlibi r.a meriwayatkan, "Sekali daku pergi menemui Abu Umamah r.a tatkala beliau berada di dalam masjid. Daku bertanya pada beliau sekiranya beliau benar-benar mendengar Rasulullah SAW bersabda bahawa apabila seseorang mengambil wudhuk dengan sempurna lalu menunaikan solat fardhunya, ALLAH SWT mengampunkan segala dosanya yang telah dilakukan pada hari itu oleh kakinya yang bergerak ke arah melakukan maksiat, oleh tangannya yang berbuat maksiat, oleh telinganya yang mendengar berita-berita maksiat, oleh matanya yang melihat maksiat dan oleh hatinya yang terdetik ke arah maksiat. Jawabnya,"Demi ALLAH! Daku mendengar perkataan ini dari Rasulullah SAW berkali-kali."

Ramai para sahabat Rasulullah SAW telah meriwayatkan hadis ini dengan sedikit sebanyak bezanya. Mereka telah dirahmati dengan 'kasyaf' dapat pun menyaksikan dosa-dosa itu gugur.

Berwuduk (Mengambil Air Sembahyang)


 Adalah diberitakan bahwa Imam Abu Hanifah dapat mengatakan dari air yang menititk dari anggota orang yang sedang berwudhuk, dosa yang manakah yang telah diampun dengan wudhuknya itu.
Dari satu riwayat daripada Osman r.a, Rasulullah SAW adalah diberikan telah memberi amaran kepada mereka yang bermegah melakukan maksiat dengan harapan dosa-dosa itu akan terampun dengan merngerjakan solat.

Sesungguhnya kita tidak ada alasan merasa megah atas hal ini. Pada halnya apakah mutu solat yg kita kerjakan? Andaikata ALLAH SWT membebaskan dari kewajipan-kewajipan kita maka itu adalah semata-mata belas kasihanNya, yg istimewa. Melanggari perintah-perintah ALLAH SWT adalah satu-satunya perangai terkeji kerana ALLAH SWT itu Maha Pengasih, Penyayang lagi Pengampun.

Solat Dan Mencari Rahmat

Bersolat adalah seumpama bersegera mencari rahmat Allah

 Huzaifah r.a berkata apabila Rasulullah SAW tersua dengan sesuatu kesulitan lantas Baginda SAW bersolat. Solat adalah satu rahmat yang besar dari ALLAH SWT bersolat pada ketika menghadapi sesuatu kesusahan adalah seumpama bersegera mencari rahmat ALLAH SWT dan apabila rahmat ALLAH SWT itu tiba menyelamatkan pastilah bahawa bekas-bekas kesulitan itu tidak akan ada lagi.

Memang ada banyak mengenai amalan-amalan Rasulullah SAW seperti ini. Demikian ada banyak amalan para sahabat yang mengikuti amalan-amalannya yang sehingga sekecil-kecilnya pun.

Kata Abu Darda r.a ,

"Apabila angin kencang meniup Rasulullah SAW segera masuk ke masjid dan Baginda SAW tidak akan keluar sehingga angin itu reda. Demikian juga pada ketika gerhana matahari atau bulan, Baginda SAW akan bersolat."

Ibn Sirin berkata, "Sekiranya aku dibenarkan memilih di antara Syurga dan solat dua rakaat maka akan ku pilih solat; sebabnya adalah jelas. Syurga adalah untuk nikmatku padahal solat adalah untuk nikmat ALLAH SWT

Rasulullah bersabda,
"Alangkah dicemburuinya golongan orang-orang Islam yang paling sedikit mempunyai kesukaran; harta kekayaannya ialah solat; seumur hidupnya bersyukur dengan apa yg diperolehinya; menyembah Tuhannya dengan penuh khusyuk'; hidup tanpa disanjung-sanjung dan mati muda dengan hampir-hampir tidak mempunyai harta-harta pusaka yang hendak diwasiatkan dan amat sedikit orang yang hendak mengkabunginya."

Dalam hadis lain Rasulullah saw diberitakan sebagai bersabda,"Solatlah dirumah-rumahmu selalu agar rumah-rumahmu itu dicucuri rahmat serta rahim oleh ALLAH SWT."