Sabtu, 9 Julai 2011

Solat Yang Sempurna, Mendapat Keampunan Allah.

Abi Muslim At-Tighlibi r.a meriwayatkan, "Sekali daku pergi menemui Abu Umamah r.a tatkala beliau berada di dalam masjid. Daku bertanya pada beliau sekiranya beliau benar-benar mendengar Rasulullah SAW bersabda bahawa apabila seseorang mengambil wudhuk dengan sempurna lalu menunaikan solat fardhunya, ALLAH SWT mengampunkan segala dosanya yang telah dilakukan pada hari itu oleh kakinya yang bergerak ke arah melakukan maksiat, oleh tangannya yang berbuat maksiat, oleh telinganya yang mendengar berita-berita maksiat, oleh matanya yang melihat maksiat dan oleh hatinya yang terdetik ke arah maksiat. Jawabnya,"Demi ALLAH! Daku mendengar perkataan ini dari Rasulullah SAW berkali-kali."

Ramai para sahabat Rasulullah SAW telah meriwayatkan hadis ini dengan sedikit sebanyak bezanya. Mereka telah dirahmati dengan 'kasyaf' dapat pun menyaksikan dosa-dosa itu gugur.

Berwuduk (Mengambil Air Sembahyang)


 Adalah diberitakan bahwa Imam Abu Hanifah dapat mengatakan dari air yang menititk dari anggota orang yang sedang berwudhuk, dosa yang manakah yang telah diampun dengan wudhuknya itu.
Dari satu riwayat daripada Osman r.a, Rasulullah SAW adalah diberikan telah memberi amaran kepada mereka yang bermegah melakukan maksiat dengan harapan dosa-dosa itu akan terampun dengan merngerjakan solat.

Sesungguhnya kita tidak ada alasan merasa megah atas hal ini. Pada halnya apakah mutu solat yg kita kerjakan? Andaikata ALLAH SWT membebaskan dari kewajipan-kewajipan kita maka itu adalah semata-mata belas kasihanNya, yg istimewa. Melanggari perintah-perintah ALLAH SWT adalah satu-satunya perangai terkeji kerana ALLAH SWT itu Maha Pengasih, Penyayang lagi Pengampun.

Solat Dan Mencari Rahmat

Bersolat adalah seumpama bersegera mencari rahmat Allah

 Huzaifah r.a berkata apabila Rasulullah SAW tersua dengan sesuatu kesulitan lantas Baginda SAW bersolat. Solat adalah satu rahmat yang besar dari ALLAH SWT bersolat pada ketika menghadapi sesuatu kesusahan adalah seumpama bersegera mencari rahmat ALLAH SWT dan apabila rahmat ALLAH SWT itu tiba menyelamatkan pastilah bahawa bekas-bekas kesulitan itu tidak akan ada lagi.

Memang ada banyak mengenai amalan-amalan Rasulullah SAW seperti ini. Demikian ada banyak amalan para sahabat yang mengikuti amalan-amalannya yang sehingga sekecil-kecilnya pun.

Kata Abu Darda r.a ,

"Apabila angin kencang meniup Rasulullah SAW segera masuk ke masjid dan Baginda SAW tidak akan keluar sehingga angin itu reda. Demikian juga pada ketika gerhana matahari atau bulan, Baginda SAW akan bersolat."

Ibn Sirin berkata, "Sekiranya aku dibenarkan memilih di antara Syurga dan solat dua rakaat maka akan ku pilih solat; sebabnya adalah jelas. Syurga adalah untuk nikmatku padahal solat adalah untuk nikmat ALLAH SWT

Rasulullah bersabda,
"Alangkah dicemburuinya golongan orang-orang Islam yang paling sedikit mempunyai kesukaran; harta kekayaannya ialah solat; seumur hidupnya bersyukur dengan apa yg diperolehinya; menyembah Tuhannya dengan penuh khusyuk'; hidup tanpa disanjung-sanjung dan mati muda dengan hampir-hampir tidak mempunyai harta-harta pusaka yang hendak diwasiatkan dan amat sedikit orang yang hendak mengkabunginya."

Dalam hadis lain Rasulullah saw diberitakan sebagai bersabda,"Solatlah dirumah-rumahmu selalu agar rumah-rumahmu itu dicucuri rahmat serta rahim oleh ALLAH SWT."


Selasa, 21 Jun 2011

Jabir r.a menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,

"Lima kali solat setiap hari itu adalah seumpama sebuah anak sungai yang dalam mengalir di depan pintu rumah seseorang yang mandi di dalamnya lima kali sehari."

Pada umumnya air yang mengalir adalah bersih,tak kotor dan lebih dalam air itu mengalir lebih jernih dan lebih bersih ia.Bermandian di dalam air yang sebersih itu pastilah habis segala kotoran yang ada pada tubuh dan bersihlah ia.Solat yang dikerjakan dengan memberati segala rukunnya samalah ibarat dengan air sungai iaitu ia akan membersihkan jiwa dari segala dosa.
Ada banyak hadits yang seerti walaupun matanya berbeza sedikit yang dilapurkan oleh para sahabat Rasulullah s.a.w.

Selasa, 14 Jun 2011

Fadhilat Solat - Solat Menghapuskan Dosa

Abu Hurairah R.A menceritakan bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W sekali bertanya pada para Sahabatnya,


"Adakah kamu percaya bahawa kotoran melekat pada tubuh seorang yang mandi lima kali sehari dalam sungai yang mengalir di depan rumahnya?"


Jawab para Sahabat,


"Tidak, kotoran tidak akan melekat pada tubuhnya."


Sabda Rasulullah S.A.W,


"Begitulah umpamanya kesan solat yang dikerjakan lima kali pada sehari. Dengan limpah rahmat Allah ia menghapuskan segala dosa".

Ahad, 12 Jun 2011

Fadhilat Solat - Solat Menghapuskan Dosa

Abu Usman R.A berkata, "Pada suatu hari Salman R.A dan aku sedang duduk dibawah sepohon kayu. Beliau ambil sebatang ranting kering dari pohon tersebut lalu menggoncang-goncangkannya hingga kesemua daunnya gugur. 
Kemudian kata beliau kepadaku, "hai Abu Usman mengapa kamu tidak tanya aku kenapa aku berbuat demikian ini? Sahutku, "Sila khabarkan padaku." kata beliau, "Beginilah Rasulullah S.A.W lakukan di hadapanku semasa ku bersamanya di bawah sepohon kayu. Baginda ambil ranting kering pohon tersebut lalu menggoncangkannya hingga kesemua daunnya gugur seraya Baginda S.A.W bersabda, "Wahai Salman! mengapa kamu tidak tanya kepadaku kenapa aku buat demikian ini?"  Sahutku, "Sila khabarkanlah padaku kenapa Baginda buat begini." Sabda Baginda, "Bahawasannya apabila seorang Islam mengambil wuduk dengan sempurna, kemudian dia laksanakan Solat lima kali sehari, maka dosa-dosanya gugur seperti mana daun-daun ini gugur.".
Lantas Baginda S.A.W membaca ayat Al Quran yang berikut: (bermaksud)


"Dirikanlah solat pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam, sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapuskan perbuatan-perbuatan yang buruk (dosa); itulah peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat."
(Surah Hud: Ayat 114)


Hadith yang tersebut di atas menunjukkan kelakuan Salman R.A seorang sahabat Rasulullah S.A.W. Para sahabat Baginda amat mengasihinya. Mereka sentiasa mengenangi masa yang Baginda berada tepat sebagaimana mereka lihat Baginda melakukannya dimasa yang tertentu itu. Sesungguhnya amatlah sukar hendak dicakup segala sunah Rasulullah S.A.W mengenai pentingnya solat serta hadith-hadith yang menyatakan keampunan bagi mereka yang menjaga solatnya.


Sebagaimana yang telah disebutkan Ahli Tafsir, keampunan ini hanya kepada dosa-dosa kecil sahaja tetapi batasan ini tidaklah terdapat pada isi kandungan hadith ini.

Jumaat, 10 Jun 2011

Fadilat Solat - Pentingnya Solat

Abu Zar R.A meriwayatkan bahawa ada sekali Rasulullah S.A.W keluar dari rumahnya. Pada masa itu musim daun-daun gugur. Baginda ambil ranting sebatang pohon yang daun-daunnya mulai gugur dengan lebatnya, seraya Baginda R.A.W bersabda, 
"Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan salatnya kerana Allah, dosanya gugur seperti daun-daun ini gugur dari pohon ini"


Biasanya di musim daun-daun gugur, lebatlah daun-daun gugur dari pohonnya sehingga pada setengah-setengah pohon itu tiada sehelai daun pun yang tinggal. Begitulah kesannya solat yang dilaksanakan dengan penuh kusyu' dan tawadhu'. Segala dosa yang dilakukan oleh seseorang yang bersolat adalah dihapuskan. Bagaimanapun hendaklah diingat bahawa menurut Ahlul Kalam hanya dosa-dosa kecil saja yang terampun dengan solat. Dosa-dosa besar tidaklah terampun tanpa bertaubat.


Oleh itu, patutlah kita disamping bersolat, jangan lupa bertaubat dan beristighfar. Semoga Allah S.W.T dengan limpah rahmatNya, mengampun juga dosa-dosa besar yang terlaku oleh seseorang berkat solatnya Allah.

Fadhilat Solat - Solat Tiang Agama

Abdullah bin Umar R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda,

" Islam itu tertegak atas lima rukun. Bersaksi bahawasannya Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hambaNya serta RasulNya, Mendirikan Solat, Membayar Zakat, Mengerjakan Haji dan Puasa Dibulan Ramadhan"


Agama Islam adalah diibaratkan Rasulullah S.A.W sebagai sebuah khemah yang disokong oleh 5 batang tiang. Tiang tengahnya ialah Kalimah Syahadah. Empat tiang lagi itu adalah tiang-tiang sokongan iaitu tiang pada setiap satu penjuru khemah. Tanpa tiang tengah maka khemah tidak boleh tegak dan sekiranya mana-mana dari tiang sokongan itu hilang maka runtuhlah penjuru khemah yang rosak itu. Kini marilah kita lihat dengan mata kita sendiri sejauh manakah kita tegakkan agama Islam itu. Benarkah tiap-tiap tiang itu telah ditegakkan pada tempatnya dengan sempurna?


Lima tiang agama yang tersebut dalam hadith ini menunjukkan kewajiban yang penting bagi seseoran Islam. Sungguh pun tidak mungkin bagi seorang tidak mempunyai mana-mana satu darinya, namun solat dalam ajaran Islam mengambil tempat disisi Iman.


Kata Abdullah ibn Mas'ud, Ada sekali ku tanya pada Rasulullah S.A.W, amalan (manusia) yang manakah yang paling diredhai Allah S.W.T? Jawab Baginda S.A.W, "Solat."   Kemudian ku tanyanya, "Yang mana pula selepasnya (mengikut susunan keredhaan)?" Jawab Baginda S.A.W, "Menghormati kedua orang ibubapa."  Ku tanya lagi, "Selepasnya apa lagi?". Jawab baginda "Jihad".


Hadith ini adalah untuk menyokong pendapat Solat adalah kewajipan agama yang penting selepas iman. Ini diperkuatkan lagi dengan hadith yang diriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, 

"Solat adalah sebaik-baik perintah yang diperintahkan oleh Allah"