Sabtu, 9 Julai 2011

Solat Dan Mencari Rahmat

Bersolat adalah seumpama bersegera mencari rahmat Allah

 Huzaifah r.a berkata apabila Rasulullah SAW tersua dengan sesuatu kesulitan lantas Baginda SAW bersolat. Solat adalah satu rahmat yang besar dari ALLAH SWT bersolat pada ketika menghadapi sesuatu kesusahan adalah seumpama bersegera mencari rahmat ALLAH SWT dan apabila rahmat ALLAH SWT itu tiba menyelamatkan pastilah bahawa bekas-bekas kesulitan itu tidak akan ada lagi.

Memang ada banyak mengenai amalan-amalan Rasulullah SAW seperti ini. Demikian ada banyak amalan para sahabat yang mengikuti amalan-amalannya yang sehingga sekecil-kecilnya pun.

Kata Abu Darda r.a ,

"Apabila angin kencang meniup Rasulullah SAW segera masuk ke masjid dan Baginda SAW tidak akan keluar sehingga angin itu reda. Demikian juga pada ketika gerhana matahari atau bulan, Baginda SAW akan bersolat."

Ibn Sirin berkata, "Sekiranya aku dibenarkan memilih di antara Syurga dan solat dua rakaat maka akan ku pilih solat; sebabnya adalah jelas. Syurga adalah untuk nikmatku padahal solat adalah untuk nikmat ALLAH SWT

Rasulullah bersabda,
"Alangkah dicemburuinya golongan orang-orang Islam yang paling sedikit mempunyai kesukaran; harta kekayaannya ialah solat; seumur hidupnya bersyukur dengan apa yg diperolehinya; menyembah Tuhannya dengan penuh khusyuk'; hidup tanpa disanjung-sanjung dan mati muda dengan hampir-hampir tidak mempunyai harta-harta pusaka yang hendak diwasiatkan dan amat sedikit orang yang hendak mengkabunginya."

Dalam hadis lain Rasulullah saw diberitakan sebagai bersabda,"Solatlah dirumah-rumahmu selalu agar rumah-rumahmu itu dicucuri rahmat serta rahim oleh ALLAH SWT."


Tiada ulasan:

Catat Ulasan