Abu Zar R.A meriwayatkan bahawa ada sekali Rasulullah S.A.W keluar dari rumahnya. Pada masa itu musim daun-daun gugur. Baginda ambil ranting sebatang pohon yang daun-daunnya mulai gugur dengan lebatnya, seraya Baginda R.A.W bersabda,
"Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan salatnya kerana Allah, dosanya gugur seperti daun-daun ini gugur dari pohon ini"
Biasanya di musim daun-daun gugur, lebatlah daun-daun gugur dari pohonnya sehingga pada setengah-setengah pohon itu tiada sehelai daun pun yang tinggal. Begitulah kesannya solat yang dilaksanakan dengan penuh kusyu' dan tawadhu'. Segala dosa yang dilakukan oleh seseorang yang bersolat adalah dihapuskan. Bagaimanapun hendaklah diingat bahawa menurut Ahlul Kalam hanya dosa-dosa kecil saja yang terampun dengan solat. Dosa-dosa besar tidaklah terampun tanpa bertaubat.
Oleh itu, patutlah kita disamping bersolat, jangan lupa bertaubat dan beristighfar. Semoga Allah S.W.T dengan limpah rahmatNya, mengampun juga dosa-dosa besar yang terlaku oleh seseorang berkat solatnya Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan