Abdullah bin Umar R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda,
" Islam itu tertegak atas lima rukun. Bersaksi bahawasannya Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hambaNya serta RasulNya, Mendirikan Solat, Membayar Zakat, Mengerjakan Haji dan Puasa Dibulan Ramadhan"
Agama Islam adalah diibaratkan Rasulullah S.A.W sebagai sebuah khemah yang disokong oleh 5 batang tiang. Tiang tengahnya ialah Kalimah Syahadah. Empat tiang lagi itu adalah tiang-tiang sokongan iaitu tiang pada setiap satu penjuru khemah. Tanpa tiang tengah maka khemah tidak boleh tegak dan sekiranya mana-mana dari tiang sokongan itu hilang maka runtuhlah penjuru khemah yang rosak itu. Kini marilah kita lihat dengan mata kita sendiri sejauh manakah kita tegakkan agama Islam itu. Benarkah tiap-tiap tiang itu telah ditegakkan pada tempatnya dengan sempurna?
Lima tiang agama yang tersebut dalam hadith ini menunjukkan kewajiban yang penting bagi seseoran Islam. Sungguh pun tidak mungkin bagi seorang tidak mempunyai mana-mana satu darinya, namun solat dalam ajaran Islam mengambil tempat disisi Iman.
Kata Abdullah ibn Mas'ud, Ada sekali ku tanya pada Rasulullah S.A.W, amalan (manusia) yang manakah yang paling diredhai Allah S.W.T? Jawab Baginda S.A.W, "Solat." Kemudian ku tanyanya, "Yang mana pula selepasnya (mengikut susunan keredhaan)?" Jawab Baginda S.A.W, "Menghormati kedua orang ibubapa." Ku tanya lagi, "Selepasnya apa lagi?". Jawab baginda "Jihad".
Hadith ini adalah untuk menyokong pendapat Solat adalah kewajipan agama yang penting selepas iman. Ini diperkuatkan lagi dengan hadith yang diriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda,
"Solat adalah sebaik-baik perintah yang diperintahkan oleh Allah"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan